1. “Peraduan” ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia & warga asing berusia 18 tahun ke atas kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat Allexcel Trading Sdn Bhd. (“Pihak Penganjur”), dan agensi pengiklanan, promosi, pengelola acara dan perhubungan awamnya.
  2. Peraduan ini bermula dari 3 Julai 2016 dan berakhir pada 28 Ogos 2016 (“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja jika diperlukan. Semua penyertaan mesti diterima sebelum jam 2359 (waktu Malaysia) pada 28 Ogos 2016. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup peraduan akan dibatalkan secara automatik.
  3. Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan
    Dengan setiap pembelian minima 2 tin/botol Red Bull (sebarang variasi) anda layak untuk menghantar SATU (1) penyertaan. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi setiap penyertaan mesti dilampirkan dengan SATU (1) resit asal bertarikh semasa tempoh peraduan dan dilengkapkan dengan butiran peribadi. Setiap resit mesti mengandungi nombor unik resit dan hanya boleh digunakan SEKALI sahaja. Peserta hanya layak memenangi SATU (1) Hadiah Mingguan SAHAJA dan salah SATU (1) Hadiah Utama sepanjang Tempoh Peraduan.
    1. LIMA (5) cara untuk pelanggan menyertai Peraduan ini:
      1. Cara 1 : WhatsApp
        1. Beli minima 2 tin/ botol Red Bull (sebarang variasi)
        2. Jawab satu soalan mudah:
          1. Adakah Red Bull sejenis minuman tenaga. Betul atau salah?
            1. A) Betul
            2. B) Salah
        3. Muatnaik gambar resit dan taip jawapan anda dalam ruang “menambah kapsyen” seperti berikut:
          1. Jawapan
          2. Nama
          3. No. KP / Pasport / Permit Kerja
          4. Emel
          5. Nombor Resit
        4. Hantarkan ke 011 - 16260298
      2. Cara 2 : WeChat
        1. Beli minima 2 tin/botol Red Bull (sebarang variasi)
        2. Imbas kod QR
        3. Ikut “REDBULL-MY” dan klik “Contest”
        4. Lengkapkan butiran, muatnaik gambar resit dan jawab soalan mudah
        5. Klik “Submit”
      3. Cara 3 : Facebook
        1. Beli minima 2 tin/botol Red Bull (sebarang variasi)
        2. Like www.facebook.com/redbullmalaysia
        3. Klik pada “Contest” tab.
        4. Lengkapkan butiran, muatnailk gambar resit dan jawab soalan mudah
        5. Klik “Submit”
      4. Cara 4 : Laman Web
        1. Beli minima 2 tin/botol Red Bull (sebarang variasi)
        2. Layari www.contest.redbull.com.my
        3. Lengkapkan butiran, muatnaik gambar resit dan jawab soalan mudah
        4. Klik “Submit”
      5. Cara 5 : Borang Peraduan
        1. Beli minima 2 tin/botl Red Bull (sebarang variasi)
        2. Dapatkan borang dari kedai runcit, pasaraya atau pasar hyper berhampiran
        3. Isikan borang peraduan dan jawab 1 soalan mudah
        4. Kepilkan bersama resit asal dan hantarkan kepada:
          “Red Bull Lebih Tenaga, Lebih Kaya“
          Allexcel Trading Sdn Bhd
          P.O. Box 8094,
          Kelana Jaya 46781
          Selangor Darul Ehsan
  4. Salinan fotostat resit asal tidak akan diterima. Resit bertulis tangan tanpa nombor resit, nama dan alamat penuh peruncit tidak akan diterima manakala cop peruncit berserta maklumat yang dinyatakan akan diterima. Penyertaan berganda menggunakan resit asal yang sama akan dibatalkan kelayakannya; hanya penyertaan terawal sahaja yang akan diterima pakai. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau tidak betul atau mengandungi jawapan yang salah akan dibatalkan.
  5. Salinan fotostat borang peraduan juga diterima. Semua penyertaan haruslah dikirimkan kepada:
    “Red Bull Lebih Tenaga, Lebih Kaya“
    Allexcel Trading Sdn Bhd
    P.O. Box 8094,
    Kelana Jaya 46781
    Selangor Darul Ehsan
  6. Setiap borang peraduan haruslah dikirimkan melalui pos biasa kepada P.O Box yang dinyatakan di atas. Penyertaan yang diterima melalui penghantaran tangan, perkhidmatan kurier, POS Laju dan / atau apa-apa cara penghantaran lain akan dibatalkan serta-merta. Bukti pos borang peraduan tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur.
  7. Bagi penyertaan yang dihantar melalui platform digital (WeChat, Facebook atau laman Web), peserta akan menerima notifikasi bahawa penyertaan mereka telah diterima sebagai bukti penyertaan.
  8. Peringkat 1 - Hadiah Mingguan: Sejumlah RM250,000 (1,000 x RM250) Hadiah Mingguan untuk dimenangi sepanjang tempoh peraduan. Tarikh cabutan dan pengumuman bagi Hadiah Mingguan (125 pemenang setiap minggu x 8 minggu) adalah seperti berikut:
    Minggu Tarikh Cabutan Tarikn Pengumuman Pemenang
    1 13 Julai 2016 18 Julai 2016
    2 20 Julai 2016 25 Julai 2016
    3 27 Julai 2016 1 Ogos 2016
    4 3 Ogos 2016 8 Ogos 2016
    5 10 Ogos 2016 15 Ogos 2016
    6 17 Ogos 2016 22 Ogos 2016
    7 24 Ogos 2016 29 Ogos 2016
    8 1 September 2016 5 September 2016
  9. Peringkat 2 – Hadiah Utama - Satu (1) Hadiah Utama berjumlah RM100,000, dua (2) Hadiah Kedua berjumlah RM25,000 setiap satu dan Sepuluh (10) Hadiah ketiga berjumlah RM10,000 setiap satu untuk dimenangi sepanjang tempoh peraduan. Cabutan bagi para pemenang bagi Hadiah Utama akan dipilih pada 7 September 2016 dan diumumkan pada 13 September 2016.
  10. Wakil daripada Allexcel Trading Sdn Bhd akan membuat cabutan pemenang daripada sejumlah penyertaan yang layak melalui perisian komputer khusus, menggunakan sistem algoritma rawak.
  11. Pemenang Hadiah Mingguan akan diberitahu melalui Whatsapp, WeChat, SMS, email atau panggilan telefon sepanjang Tempoh Peraduan. Jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga kali percubaan selama tiga hari berturut-turut, Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang dan pemenang seterusnya akan dipilih. Para pemenang dikehendaki mengambil gambar resit asal bersama-sama Kad Pengenalan, Pasport dan / atau Permit Kerja (bagi pemenang bukan warganegara Malaysia) dan menghantar bersama-sama maklumat Akaun Bank kepada Pihak Penganjur.
  12. Untuk tujuan pengesahan, para pemenang Hadiah Utama dikehendaki membawa bersama surat pemberitahuan, Kad Pengenalan / Pasport dan / atau Permit Kerja (bagi pemenang bukan warganegara Malaysia) dan resit asal (dengan nombor resit yang sah dan tarikh pembelian) ke pejabat Allexcel Trading untuk penebusan hadiah.
  13. Semua hadiah wang tunai akan dimasukkan ke akaun bank para pemenang melalui pindahan telegraf. Pemenang dikehendaki memberikan Pihak Penganjur maklumat akaun bank dalam masa EMPAT BELAS (14) hari bekerja dari tarikh pemberitahuan. Jika pemenang gagal berbuat demikian, hadiah yang dimenangi akan dibatalkan dan sebarang pertanyaan tidak akan dilayan.
  14. Pemenang-pemenang akan di umumkan di laman web dan Facebook kami di bawah;
    • www.contest.redbull.com.my
    • Facebook.com/redbullmalaysia

    Tarikh pengumuman bagi pemenang Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama adalah seperti yang terpapar di perenggan (8) dan (9)
  15. Semua kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan / atau kos, yuran dan / atau perbelanjaan berkaitan lain yang ditanggung untuk menuntut hadiah dan sebarang liabiliti cukai akibat penerimaan hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
  16. Penerimaan hadiah bersamaan dengan pemberian kebenaran kepada Pihak Penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama, penyertaan dan / atau gambar pemenang untuk tujuan aktiviti publisiti, pengiklanan dan / atau perdagangan tanpa sebarang notis dan / atau pampasan. Pemenang juga mungkin akan perlu menghadiri upacara penyampaian dan / atau menyertai program publisiti.
  17. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta telah bersetuju dan mengakui bahawa segala hakmilik intelek akan menjadi hak mutlak Pihak Penganjur dan setiap Peserta telah memberikan persetujuan kepada pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan / atau pendedahan oleh Pihak Penganjur ke atas segala maklumat peribadi Peserta yang termasuk tetapi tidak terhad kepada nama Peserta, gambar atau imej bagi kegunaan Peraduan, termasuklah pengiklanan, publisiti, pemasaran, dan aktiviti-aktiviti promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap bersesuaian oleh Pihak Penganjuri dalam apa jua media dan tanpa sebarang pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti lain yang bersampingan dengan Peraduan. Peserta tidak layak untuk menuntut hakmilik dan/atau sebarang bentuk pampasan ke atas bahan-bahan tersebut.

    Semua penyertaan yang diterima akan menjadi hakmilik Pihak Penganjur.
  18. Sekiranya peserta mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Peraduan “Red Bull Lebih Tenaga, Lebih Kaya” ini, peserta boleh menghubungi 1-700-81-5630
  19. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.contest.redbull.com.my
  20. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  21. Peserta dimaklumkan bahawa segala bahan yang dimuat naik ke atas laman web ini adalah tertakluk kepada aktiviti muat turun bagi kegunaan pihak ketiga. Pihak Penganjur telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghalang pengguna dari memuat turun sebarang isi kandungan. Namun begitu, jika masih terdapat sebarang aktiviti muat turun, Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang berlaku.
  22. Perlindungan Data Peribadi & Polisi Privasi – Pihak Penganjur berkemungkinan akan memindah beberapa maklumat peribadi (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, nombor Kad Pengenalan) kepada pihak pembekal perkhidmatan bagi tujuan pentadbiran Peraduan dan untuk menghubungi Peserta. Sebarang maklumat Peserta yang berkaitan dengan Peraduan ini akan disimpan dengan selamat kecuali untuk tujuan aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan. Pihak Penganjur akan mengambil semua langkah berjaga bagi menjaga integriti dan mengelakkan dari berlakunya sebarang kerosakan atau kehilangan, kemusnahan atau kebinasaan Data Peribadi Peserta. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membuat pembetulan atau membatalkan persetujuan ke atas sebarang maklumat peribadi yang dipegang oleh Pihak Pengajur. Peserta boleh membuat permintaan bagi tujuan-tujuan yang disebutkan melalui panggilan telefon kepada Pihak Penganjur di talian 1-700-81-5630. Pihak Penganjur menghormati privasi individu dari segi data peribadi yang telah diberikan oleh Peserta bagi tujuan Peraduan ini.
  23. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mereka, membatalkan sebarang penyertaan atau peserta jika mereka didapati menipu / menggodam / mengganggu gugat proses penghantaran penyertaan, perjalanan operasi peraduan atau melanggar mana-mana Terma & Syarat dalam Peraduan ini.
  24. Pihak Penganjur, sekutu-sekutu dan agensi yang terlibat dengan Peraduan ini tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas penyertaan-penyertaan yang hilang, rosak, lambat atau yang mengalami sebarang kesalahan teknikal.
  25. Pihak Penganjur, anak syarikat serta sekutu-sekutunya, dan juga agensi dan syarikat yang terlibat dengan Peraduan ini menafikan sebarang atau semua liabiliti yang terbit daripada penganjuran Peraduan ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertangungjawabkan ke atas sebarang kerugian (termasuk, tidak tertakluk, secara tidak langsung, khusus atau kerugian turutan atau keuntungan), perbelanjaan, kemusnahan, kecederaan diri atau kematian yang dideritai atau dialami (sama ada terjadi akibat daripada kecuaian Peserta tersebut) berpunca dari pembabitan Peserta dalam Peraduan, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali ke atas sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan dari undang-undang (di mana liabiliti tersebut adalah terhad dan dibenarkan oleh undang-undang). Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta yang layak telah bersetuju untuk mempertahan, menanggung kerugian dan melepaskan Pihak Penganjur daripada sebarang saman, tuntutan, kerugian, kemusnahan dan perbelanjaan, termasuklah yuran guaman yang berpatutan dan mungkin akan terbit daripada atau berkait dengan Peraduan ini.
  26. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta adalah tertakluk kepada perubahan sedemikian.
  27. Peraduan / Terma & Syarat Peraduan ini adalah tertakluk di bawah Undang-Undang Malaysia.
  28. Perundangan dan Bidang Kuasa: Terma & Syarat ini adalah ditadbir dan juga ditafsir mengikut Undang-Undang Malaysia. Terma & Syarat ini telah disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat percanggahan antara semua versi yang disediakan, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat Peraduan yang boleh didapati di laman web www.contest.redbull.com.my akan diguna pakai.
  29. Dengan menyertai Peraduan ini dan dengan memberikan data peribadi anda, Allexcel dianggap sudah menerima persetujuan daripada para Peserta untuk menggunakan data yang telah diterima bagi tujuan pemasaran dan promosi di masa sekarang dan akan datang.